Page 22 - oacp_2021
P. 22

ANALISIS PERSEKITARAN DAN PENILAIAN RISIKO




                Pelbagai bentuk data telah diperolehi sepanjang proses penilaian risiko bagi menentukan
                bidang-bidang yang perlu diberi penekanan oleh PUSAKA bagi tujuan pembangunan OACP
                PUSAKA yang merangkumi tempoh lima tahun yang akan datang (2021-2025). Data-data
                berkenaan adalah berbentuk statistik, laporan, kajian dan maklumat daripada agensi yang
                berkaitan seperti berikut: -


                      i.  Maklumat yang diperolehi daripada agensi-agensi utama: -

                           a.   Data dan statistik aduan rasuah SPRM bagi tempoh 2015-2019

                           b.   Laporan Ketua Audit Negara

                           c.   Statistik dan aduan salah laku dan integriti dari Seksyen Perancangan &
                                Pembangunan Sumber Manusia

                           d.   Laporan Talikhidmat

                      ii.  Pelan Strategik PUSAKA 2016-2019

                     iii.  Pelan Integriti PUSAKA

                     iv.  Pelan Pengurusan Risiko Rasuah PUSAKA



                                                PENILAIAN RISIKO



                PUSAKA telah melaksanakan Penilaian Risiko Rasuah/Corruption Risk  Analysis (CRA) bagi
                mengenalpasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan antirasuah di PUSAKA yang mungkin
                menjejaskan operasi dan imej organisasi. Antara mekanisme yang digunakan bagi pelaksanaan
                penilaian risiko adalah



                                                                                   Mengenalpasti
                                      Data-data dalaman    Data-data daripada
                 Menganalisis data                                                  risiko-risiko
                   risiko rasuah       organisasi seperti   agensi luar seperti  governans, integriti
                  semasa Bengkel       aduan, kes-kes      Laporan Ketua Audit    dan antirasuah
                 Pengurusan Risiko    tatatertib, laporan-  Negara, Suruhanjaya   semasa Bengkel
                  Rasuah (CRM)         laporan audit dan   Pencegahan Rasuah       Pembangunan
                 11 Oktober 2019.      kajian kepuasan      Malaysia (SPRM)        OACP 16 - 18
                                         pelanggan.          dan Talikhidmat.
                                                                                   Februari 2021.





















                                                                                                                 21
                                                                             Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27