Page 23 - oacp_2021
P. 23
BIDANG KEUTAMAAN YANG BERISIKO DI PUSAKA
Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, tujuh (7) bidang keutamaan yang terdedah
kepada risiko governans, integriti dan antirasuah di PUSAKA yang telah dikenalpasti:
1. Pelesenan
Pelesenan adalah suatu tanggungjawab PUSAKA bagi melaksanakan dasar dan undang-undang
berkaitan dengan aktiviti kutipan hasil dalam negeri seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dari
semasa ke semasa iaitu hasil Pendaftaran, Kawalan Mutu dan Pelesenan. Tanpa kawalan dan
pemantauan yang berkesan, PUSAKA tidak mungkin dapat memenuhi hasrat Kerajaan untuk
memungut hasil seperti yang disasarkan kerana ia berisiko kepada manipulasi oleh komuniti
perdagangan sekaligus meniriskan hasil negara.
2. Penguatkuasaan Undang-Undang
Penguatkuasaan merupakan aktiviti untuk membanteras segala bentuk penyeludupan
dan penyelewengan berpandukan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang
berkuatkuasa. Ia penting bagi memastikan hasil PUSAKA sentiasa dipelihara dan dilindungi tanpa
mengganggu transaksi perdagangan yang sah. Kebanyakkan bidang penguatkuasaan sering
dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa, campur tangan oleh pihak Eksekutif, kurangnya kebebasan
dan integriti yang akhirnya mendedahkan mereka kepada rasuah. Maka, penguatkuasaan undang-
undang harus diperkasakan agar lebih bebas dan telus bagi membolehkan mereka menjalankan
tanggungjawab berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.
3. Pengurusan Projek
Pengurusan projek ialah aktiviti dalam merancang, merekabentuk, melaksana dan memantau
projek. Semasa melaksanakan sesuatu projek, PUSAKA perlu mengimbangkan masa, sumber
dan kualiti supaya dapat menyiapkan projek tersebut dengan memenuhi objektif dan keperluan
pelanggan supaya tidak merugikan PUSAKA.
4. Pentadbiran (Sumber Manusia)
Pengurusan sumber manusia melibatkan aktiviti merekrut, memilih, melatih dan membangunkan
pekerja-pekerja organisasi tersebut. Tujuan pengurusan sumber manusia adalah untuk
memastikan bahawa orang yang diambil bekerja digunakan secara cekap dan berkesan dalam
menyumbang untuk mencapai objektif PUSAKA.
22 Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025