Page 10 - Content SPA Negeri Sarawak Laporan Tahunan 2012
P. 10
3.3 Pemberian taraf Tetap dan Berpencen;

3.4 Kenaikan pangkat;

3.5 Perpindahan tempat bertugas; dan

3.6 Mengawal disiplin

Selain daripada itu, SPANS juga dipertanggungjawabkan untuk mengendali dan
menganugerah biasiswa pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk
mengikuti pelbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa. Dalam hal ini,
SPANS telah diberi tanggungjawab untuk mengendali dan menganugerahkan
Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak kepada pelajar-pelajar yang
mengikuti kursus-kursus akademik di peringkat Diploma dan Ijazah di pusat-pusat
pengajian tinggi awam tempatan.

Mulai 1 Julai 2000, dengan berkuatkuasanya Local Authority Service Regulations
2000, SPANS merupakan kuasa melantik, mengesahkan dalam jawatan, menaikkan
pangkat dan mengawal disiplin kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sepanjang tahun 2012, SPANS telah memproses sebanyak 744 kekosongan
jawatan di Perkhidmatan Awam Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Daripada
744 kekosongan, hanya 321 kekosongan jawatan sahaja berjaya diisi dan bakinya
diproses pada tahun 2013. Ini adalah disebabkan arahan pembekuan pengisian
jawatan kosong daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kajian
pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Skim tersebut walau
bagaimanapun dibatalkan pada Mac 2012 dan pengisian jawatan kosong hanya
bermula pada Mei 2012. Selain daripada itu juga, terdapat jawatan kosong yang
tidak dapat diisi kerana tiada calon yang diikirkan sesuai oleh Suruhanjaya dan
terdapat juga jawatan kosong yang tidak dapat diisi kerana tiada calon yang
berkelayakan berdasarkan skim perkhidmatan untuk pengisian jawatan kosong
tersebut.




4. PERWAKILAN KUASA

Melalui Artikel 36(6), Perlembagaan Negeri Sarawak, SPANS telah mewakilkan
kuasa-kuasanya kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Ketua Jabatan melalui
Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-
Kuasa), 2004 yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004. Ianya menggantikan
S
N
10 P A
S
Laporan Tahunan 2012
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15