Page 9 - Content SPA Negeri Sarawak Laporan Tahunan 2012
P. 9
LAPORAN EKSEKUTIF










1. MUKADDIMAH

Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) ini
disediakan sebagai memenuhi kehendak peruntukan Artikel 36(8), Perlembagaan
Negeri Sarawak yang menghendaki Suruhanjaya menyediakan satu laporan
tahunan mengenai kegiatannya kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sarawak dan salinannya diedarkan di Dewan Undangan Negeri.

Laporan Tahunan SPANS 2012 ini merangkumi kegiatan yang dilaksanakan oleh
SPANS sepanjang tahun 2012. Laporan ini turut menyatakan kegiatan-kegiatan
yang telah diwakilkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Ketua Jabatan
melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan
Kuasa-Kuasa), 2004 yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004.




2. PENUBUHAN


SPANS telah diwujudkan tanggal 1 November 1961 di bawah The Sarawak (Public
Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati
Governor selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan
yang dibuat dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963. Pada 16
September 1963, iaitu tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia, selaras dengan
Artikel 35, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63), SPANS
telah menjadi sebuah badan eksekutif sepenuhnya.

Menurut Perlembagaan Negeri Sarawak, keanggotaan SPANS adalah terdiri
daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari
empat (4) dan tidak lebih dari sembilan (9) orang Ahli.

Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan
Kerajaan Negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.

3. FUNGSI-FUNGSI

Mengikut Artikel 36(1), perlembagaan yang sama, SPANS adalah sebuah
badan bebas yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berkaitan
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu:

3.1 Pelantikan;

3.2 Pengesahan dalam jawatan; S
N
9 A P
Laporan Tahunan 2012 S
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14