Page 11 - Content SPA Negeri Sarawak Laporan Tahunan 2012
P. 11
Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-
Kuasa), 1998.

4.1 PERWAKILAN KUASA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK
DAN KETUA JABATAN

4.1.1 Melantik mana-mana orang di dalam mana-mana jawatan
dalam perkhidmatan awam negeri di jabatan masing-masing
bagi Gred 27 dan ke atas (selain daripada jawatan Timbalan
Pengarah atau Penolong Pengarah) sama ada jawatan bertaraf
tetap dan berpencen, jawatan berasaskan caruman (JBC) atau
pelantikan secara kontrak atau secara sementara;


4.1.2 Menamatkan pelantikan perkhidmatan mana-mana pegawai
yang dilantik di atas yang masih di dalam tempoh percubaan;

4.1.3 Melanjutkan tempoh percubaan pegawai yang dilantik selama
mana perlanjutan tempoh tersebut tidak melebihi tempoh yang
disyaratkan dalam Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996
(Swk. L.N.1/96); dan,

4.1.4 Melantik dan menamatkan pelantikan memangku atau
menjalankan tugas mana-mana pegawai di dalam
perkhidmatan awam negeri di jabatan masing-masing (kecuali
jawatan Timbalan Pengarah), sama ada atau tidak menjalankan
tugas jawatan hakiki pegawai tersebut, tetapi tidak melebihi 180
hari bekerja kecuali setelah mendapat kelulusan SPANS.

4.2 PERWAKILAN KUASA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

4.2.1 Mengesahkan pelantikan mana-mana jawatan pegawai Gred
27 dan ke atas [selain daripada jawatan yang dilantik di bawah
Artikel 11 atau yang dilantik di bawah Artikel 36(4), Perlembagaan
Negeri Sarawak]; dan,

4.2.2 Menukar mana-mana pegawai awam negeri dari satu
kementerian atau jabatan ke kementerian atau jabatan yang
lain atau sebaliknya, tanpa melibatkan penurunan pangkat.




S
N
11 A P
Laporan Tahunan 2012 S
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16