Page 12 - Content SPA Negeri Sarawak Laporan Tahunan 2012
P. 12
5. PENUTUP

Tahun 2012 telah membawa SPANS dalam penggunaan bidang teknologi
maklumat dengan pesatnya melalui sistem e-Recruitment bagi urusan
pengambilan. Permohonan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong boleh dibuat
secara talian terus. Di samping itu, calon-calon boleh mengetahui kedudukan
permohonan mereka sama ada telah didaftar, telah ditapis, tarikh dan tempat
temuduga dengan melayari laman sesawang e-Recruitment http://erecruitment.
sarawak.gov.my atau laman sesawang SPANS http://www.psc.sarawak.gov.my.
Sepanjang tahun 2012, seramai 25,144 orang pemohon baru telah berdaftar
dengan sistem e-Recruitment dan jumlah permohonan yang berdaftar setakat 31
Disember 2012 adalah seramai 140,222 orang.


Pada tahun 2012 juga, SPANS telah memperkenalkan pembayaran balik Biasiswa
Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak secara atas talian melalui Paybills Malaysia.
Pembayaran melalui internet ini merupakan salah satu saluran alternatif yang boleh
bekas pelajar tajaan gunakan untuk membuat pembayaran balik pinjaman selain
menggunakan saluran bayaran yang sedia ada iaitu pembayaran menggunakan
wang pos, secara tunai melalui kaunter dan potongan gaji bagi penjawat awam.


































S
N
12 P A
S
Laporan Tahunan 2012
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17