AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) SOALAN LAZIM (FAQ)
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital, yang boleh diakses melalui Aplikasi S Pay Global (edompet) untuk pembelian barangan makanan asas.
Kriteria kelayakan penerima
a) Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;|
b) Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
c) Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.
• Kategori penerima:
a) Kategori Isi Rumah
➢ Kahwin; atau
➢ Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
➢ Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
➢ Tiada had umur.
b) Kategori Bujang
➢ Bujang; atau
➢ Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
➢ Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
➢ Had umur adalah 21-59 tahun; dan
➢ Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
➢ Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
c) Kategori Warga Emas
➢ Bujang; atau
➢ Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
➢ Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
➢ Had umur 60 tahun dan ke atas.
Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah di antara RM250 hingga RM800 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan. Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:
a) Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800.
b) Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.
c) Penerima kategori warga emas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400
Soalan-Soalan Lazim
1. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status penerima?
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 secara automatik akan menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web https://sarawak.gov.my mulai 1 Januari 2025.
2. Sekiranya nama saya ada dalam senarai penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), bagaimanakah bantuan tersebut akan diberikan kepada saya?
Bantuan akan disalur terus menerusi aplikasi SPay Global milik penerima. Untuk itu, penerima perlu memuat turun aplikasi SPay Global di telefon pintar masing-masing. Gambarajah dibawah merupakan langkah-langkah untuk mendaftar SPay Global.
3. Apakah yang saya perlu lakukan, jika notifikasi menyatakan akaun SPay Global saya telah wujud, namun saya tidak mengetahui kewujudan akaun tersebut?
Akaun SarawakID dan akaun SPay Global menggunakan username/ID yang sama. Seterusnya untuk mendapatkan maklumat sarawakID, pengguna adalah disarankan untuk mengemaskini maklumat SarawakID anda di laman web https://sarawak.gov.my. Log masuk menggunakan nombor mykad.
4. Saya lupa ID dan kata laluan / belum mendaftar Sarawak ID. Apakah yang perlu saya lakukan?
Untuk mendapatkan Sarawak ID, penerima perlu mendaftar di laman web https://sarawak.gov.my ATAU anda boleh mendapatkan bantuan dengan mengunjungi mana - mana Pusat Servis Sarawak di lokasi berikut:
Service Sarawak Centre Kuching UTC Aras 1, Bangunan UTC Sarawak, Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching, |
Sarawak Service Sarawak Centre Sibu UTC Aras 1, Bangunan UTC Sibu, No 2, Jalan Bengkel, 96000 Sibu, Sarawak. |
Service Sarawak Centre Miri Aras Bawah, Bangunan UTC Miri, Lot 526, Jalan Kwangtung 98000 Miri, Sarawak. |
Service Sarawak Centre Serian Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Serian), Jalan Pengarah Rahun Debak, 94700 Serian, Sarawak. |
Service Sarawak Centre Sri Aman Tingkat Bawah, Hotel Seri Simanggang, 95000 Simanggang, Sarawak |
Service Sarawak Centre Betong Lot 614-615, Jalan Lee Kai Teng 95700 Betong, Sarawak |
Service Sarawak Centre Sarikei Level 1, Lot 755 Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, Jalan Seng Lee 96100 Sarikei |
5. Bilakah bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun S Pay Global?
Penyaluran bantuan ke akaun S Pay Global penerima yang layak akan dilakukan mulai suku tahun pertama 2025. Tarikh sebenar akan dimaklumkan melalui laman web ini.
Bukan Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS):
1. Bilakah permohonan rayuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dibuka?
Permohonan rayuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dibuka mulai 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025 melalui laman web https://sarawak.gov.my.
2. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan bagi membuat permohonan rayuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)?
Maklumat lanjut berhubung dokumen sokongan yang diperlukan boleh dirujuk melalui laman web https://sarawak.gov.my mulai 1 Februari 2025.
3. Bilakah keputusan permohonan rayuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) diumumkan?
Keputusan rayuan permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak melalui laman web https://sarawak.gov.my bermula pada 1 Jun 2025.
4. Bilakah bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun S Pay Global setelah permohonan rayuan diluluskan?
Tarikh pemberian bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi permohonan rayuan akan diumumkan melalui laman web https://sarawak.gov.my.
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2024 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 27759914