The Official Portal of the Sarawak Government


200 Peserta Ikuti Pra Perkahwinan Di Dewan Warisan Sadong Jaya

Date : 18 December 2022     Source : UKAS

AHAD, 18 DISEMBER 2022

SADONG JAYA: Seramai 200 peserta yang terdiri daripada belia di sini telah mengikuti kursus pra perkahwinan yang diadakan di Dewan Warisan Sadong Jaya pada Sabtu.

Kursus selama dua hari anjuran Pergerakan Wanita Cawangan Sadong Jaya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Samarahan dan Klinik Kesihatan Sadong Jaya itu banyak memberi manfaat kepada para peserta kursus sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Selain ceramah, turut diadakan pemeriksaan kesihatan oleh kakitangan dari Klinik Kesihatan Sadong Jaya.

Program siri yang keenam itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo dan Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.

Semasa berucap, Ir Aidel mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan program berkenaan.

Rodiyah dalam ucapannya juga berharap agar para peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan untuk kegunaan mereka pada masa depan.

Turut hadir ialah Pegawai Jabatan Agama Islam Samarahan Ustaz Bahrain Kawi, Penghulu Sholeh Kemis, Penghulu masyarakat Cina Teo Thuan Theng serta Ketua Wanita Cawangan Sadong Jaya Salasiah Bujang Nerawi. -Edisi UKAS



Media Center