AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
PUSAKA Mendokong Hasrat Kerajaan Sarawak Ke Arah Sektor Awam Berkelas Dunia
Date : 22 February 2023 Source : UKASRABU, 22 FEBRUARI 2023
KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) mendokong hasrat kerajaan Sarawak ke arah sektor awam berkelas dunia.
PUSAKA dalam satu kenyataan media pada Rabu memberitahu, bagi merealisasi hasrat berkenaan ia telah menyertai dan memenangi pelbagai anugerah kualiti di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
Antara anugerah berprestij yang telah dimenangi ialah Piala Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak (Kategori Agensi Utama Negeri) di mana ia muncul sebagai johan pada tahun 2017.
Baru-baru ini PUSAKA telah disenarai pendek untuk sesi pembentangan dan lawatan tapak untuk Anugerah Premier Sarawak 2022 bagi Kategori Agensi Utama Negeri.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan Sarawak kepada agensi-agensi sektor awam Sarawak yang telah berjaya menonjolkan kecemerlangan menyeluruh dalam pengurusan organisasi masing-masing serta mampu menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
PUSAKA juga telah melaksanakan ‘Key Focus Activity’ sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010 dengan 14 projek yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti utama korporat.
Pada tahun 2018 ia telah dipilih sebagai johan Anugerah Key Focus Activities (AKFA) melalui projek hibrid bersama Jabatan Hutan Sabah bertajuk Penyediaan Garis Panduan Pemindahan Balak dan Produk Kayu Di ICQS, Merapok – Sindumin (MERSIN).
Kemudian, pada tahun 2019 ia telah mendapat tempat ketiga AKFA bersama Jabatan Kastam dan Jabatan Pertanian Sarawak melalui projek hibrid bertajuk Pelaksanaan Pemantauan Kemasukan Balak Import Dan Pelaksanaan Pest Control/Fumigation.
Dalam Anugerah Penarafan 5 Bintang Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri, PUSAKA berjaya Mendapat Anugerah Cemerlang 5 Bintang pada tahun 2015dan tahun 2018 daripada Jabatan Premier Sarawak.
Dalam penilaian terhadap pengurusan kewangan sektor awam berdasarkan sistem penarafan berasaskan Indeks Akauntabiliti (IA) yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, PUSAKA berjaya mendapat Anugerah 5 Bintang Pengurusan Kecemerlangan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2016 dan Tahun 2018.
PUSAKA telah melaksanakan Pengurusan Lean sejak tahun 2014 untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang tidak memberi nilai tambah kepada pelanggan dan mendapat Certificate of Practice daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi tempoh dua tahun untuk tiga proses Lean.
Usaha Lean diteruskan pada tahun 2016 dengan mengadakan sesi kesedaran mengenai pengurusan Lean serta melaksanakan tiga projek.
Tahun 2017 juga menyaksikan tiga projek dilaksanakan.
Bagi memantapkan perlaksanaan Lean, enam orang anggota PUSAKA telah menyertai Lean Study Tour ke Jepun dan Korea.
Dua Kumpulan LEAN iaitu ENF 13 dan DCOUNT’10 pula telah menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini Wilayah Sarawak 2018 dan Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah di Sabah dan telah merangkul Anugerah Emas dalam kedua-dua konvensyen berkenaan.
Manakala Kumpulan LEANDONE mendapat Anugerah Perak dalam konvensyen yang sama bagi Wilayah Sarawak. Ini disusuli oleh kejayaan PUSAKA mendapat Recognition of Practice (SILVER) Pengurusan LEAN bagi tempoh Mac 2018 sehingga Mac 2020.
Usaha yang sama telah diteruskan oleh Seksyen Pelesenan pada tahun 2019 dengan tajuk projek ‘Pembaharuan Lesen Kilang Industri Berasaskan Kayu’.
Tahun 2021 menyaksikan PUSAKA menganjurkan Mini Kovensyen Pengurusan Lean dengan 17 kumpulan di mana lima kumpulan terbaik telah dipilih untuk mara ke peringkat seterusnya.
Kumpulan Timepiece III (Pejabat Bahagian Sibu), Hybrid 21 (Gabungan Seksyen Pengurusan Perkhidmatan, Bahagian Projek & Kejuruteraan dan Seksyen Undang–Undang & Sekretarial) dan HYBRID (Gabungan Bahagian Penguatkuasaan dan Seksyen Undang– Undang & Sekretarial) muncul sebagai pemenang.
Selain daripada itu, PUSAKA telah mendapat pensijilan antarabangsa ISO 9001 oleh pihak INTERTEK Certification International sejak tahun 2001 dan telah melalui empat perubahan Versi iaitu ISO 9001:1994, ISO 9001:2000, ISO 9001:2008 dan yang terkini ialah Versi ISO 9001:2015 yang telah ditambahbaik oleh International Organisation for Standardization (ISO) dengan pertambahan Elemen Leadership (Peranan Ketua Jabatan), Risk (Pengurusan Risiko) dan Penerapan High Level Culture (integrasi antara sistem pengurusan kualiti ISO dan pengurusan kualiti yang lain) demi kepuasan Pelanggan/Pemegang Taruh PUSAKA.
Balanced Scorecard (BSC) adalah metrik prestasi yang digunakan oleh organisasi untuk mengenalpasti dan meningkatkan pelbagai fungsi dalaman dan menghasilkan impak kepada organisasi. Ia juga merupakan alat untuk mengukur prestasi pengurusan organisasi.
PUSAKA merupakan antara agensi yang pertama melaksanakan BSC ini seiring dengan Pelan Strategik Korporat untuk mengukur pencapaian KPI
yang ditetapkan di dalam Pelan Strategik.
Sejak 2011, PUSAKA merupakan salah satu agensi yang menyahut cabaran Kerajaan Negeri Sarawak untuk melaksanakan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) untuk menyelesaikan masalah melalui penghasilan atau penambahbaikan sesuatu produk mahupun perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada organisasi dan pelanggan.
Antara kemenangan yang paling berprestij yang pernah dimenangi ialah Anugerah EMAS di Konvensyen ICC Peringkat Kebangsaan (NICC) 2012 melalui KIK Soundlessmind, Anugerah Tiga Bintang di Asia Pasific Quality Conference 2014 melalui KIK TIMPEPIECE. KIK The Hummer pula telah dipilih untuk menyertai International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2019 di Tokyo, Jepun dan berjaya mendapat Anugerah Emas.
Budaya 5S diamalkan di PUSAKA sejak tahun 2007 dan seterusnya mendapat pensijilan pada tahun 2008.
Lima Kumpulan 5S telah bertanding di Konvensyen Team Excellence Wilayah Sarawak & Sabah 2014 di mana empat kumpulan telah menerima Anugerah Emas manakala satu kumpulan menerima Anugerah Perak. Kumpulan QE Shorea dan Kumpulan Diamond pula berjaya meraih Anugerah Tiga Emas di Konvensyen Team Excellence (QE/5S) Peringkat Kebangsaan pada 24–26
November 2014.
PUSAKA terus bersinar apabila Kumpulan QE/5S Macro-Q, D.Count10 dan ENF13 berjaya mendapat anugerah Emas di Mini Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Sarawak 2018. Manakala Kumpulan D’Count10 dan ENF13 memenagi Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence
Peringkat Wilayah Sabah Sarawak 2018 Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah satu inisitif kualiti yang diamalkan oleh PUSAKA bagi mengganti Amalan Persekitaran 5S.
Bermula pada tahun 2017, PUSAKA telah diperkenalkan dengan EKSA oleh Malaysian Administrative Modernisation And Management Planning Unit (MAMPU).
Pada Februari 2019, Pejabat Bahagian PUSAKA Sibu dan Miri telah dipersijilkan amalan EKSA dalam kategori Cemerlang. Pejabat Bahagian PUSAKA Sibu telah diaudit pada 28–29 Mac 2022 dan bejaya dipersijilkan amalan EKSA.
Selain daripada itu, PUSAKA juga sentiasa menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi.
Ini terbukti apabila empat orang pegawai telah dilatih sebagai Certified Integrity Officer (CeIO).
Pada 18 Januari yang lalu PUSAKA telah dianugerah Silver Category untuk Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA2020) oleh Institut Integriti Malaysia.
Pengiktirafan Productivity Champion merupakan pengiktirafan oleh pihak MPC kepada individu melalui agensi yang terlibat secara aktif dalam memacu agenda peningkatan produktiviti di peringkat nasional, industri dan organisasi.
Pada tahun 2016 seorang pegawai telah diberi pengiktirafan Productivity Champion (Practitioner). Tahun 2022 pula menyaksikan Pengurus Besar PUSAKA diberi pengiktirafan Productivity Champion (Leader). -EDISI UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2024 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 26507848