AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
Muhammad Ikhwan, Nur Fazana Johan Cabaran Perseorangan Persatuan Tenpin Boling Amatur-SSC
Date : 23 August 2023 Source : UKAS
RABU, 23 OGOS 2023
KUCHING: Pelajar SMK St Joseph, Muhammad Ikhwan Abdul Rahman dan SMK Petra Jaya, Nur Fazana Sazali dinobatkan johan Cabaran Perseorangan Persatuan Tenpin Boling Amatur-Perbadanan Sukan Sarawak bagi kategori Lelaki dan Perempuan B18 tahun yang diadakan di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa pada Ahad lepas.
Muhammad Ikhwan menjatuhkan 517 pin dalam tiga pusingan aksi bagi menewaskan pencabar terdekat dari SMK St Thomas, Presley Johse manakala Muzaffar Radziatul Ilias dari SMK Petra Jaya di tempat ketiga dengan 495 pin.
Dalam kategori perempuan B18 tahun, Nur Farzana unggul dengan jatuhan 502 pin, disusuli dua pelajar SMK Batu Kawa, Axiomara Tijan Andy dan Glenda Vanessa Lai yang menjatuhkan 487 dan 439 pin.
Sementara itu, Muhammad Qaish dari Al-Madarasah Al-Islamiah Bandar Kuching, El Noel Gradique dari SMK Jalan Arang dan Andon Chong You Chai mewakili SMK Kuching High menduduki tiga tempat terbaik kategori lelaki B15 tahun.
Manakala Nur Alya Adriana Abdul Rahman (SMK Green Road), Siti Aisyah Al-Humaira Bakar (SMK Hajjah Laila Taib) dan Alya Batrisya Maddarus (SB St Teresa) tiga terbaik kategori perempuan B15 tahun.
Pemenang lain Syafiq Danial Syarul Nizam (Lelaki B12), Esther Verra Nilsson Leo (Perempuan B12), Alfred Phang Kang Yee (Lelaki B9) dan Scarlette Adele Ian Macnally Majang (Perempuan B9).
Seramai 183 pemain remaja berusia 9 hingga 18 tahun mewakili 49 sekolah rendah dan menengah termasuk 29 jurulatih dari kalangan guru di bawah SSC/ABAS mengambil bahagian dalam cabaran selama sehari anjuran SSC dan ABAS.
Naib Presiden ABAS merangkap Naib Presiden Kanan Kongres Tenpin Boling Malaysia, Robert Lu berkata cabaran tersebut merupakan kesinambungan kepada Cabaran Perseorangan Remaja SSC yang diadakan pada Mei tahun ini dan acara pemanas badan kepada Kejohanan Boling Antarabangsa Sarawa yang akan berlangsung dari 4 hingga 9 September depan.
Sementara itu, dalam kategori guru, Hasbie Mohamed dari SK RPR Jalan Astana, Petra Jaya Kuching dinobatkan johan acara perseorangan dengan mencatat 505 jatuhan pin.
William Muge Acheh dari SMK Matang Hilir di tempat kedua dengan 504 pin manakala Rozalina Baharuddin dari SMK Matang Hilir di tempat ketiga dengan 501 pin.
Ketua Unit Pengurusan Korporat SSC Yenyen Wong, Timbalan Presiden ABAS Shaifulbahri Shukri dan Robert Lu menyampaikan hadiah kepada pemenang. – EDISI UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 29788208