The Official Portal of the Sarawak Government


PRK DUN Jepak: Pengundi Muda ‘Nervous’, Teruja Lunas Tanggungjawab

Date : 04 November 2023     Source : UKAS

KHAMIS, 4 NOVEMBER 2023

JEPAK: Demi tanggungjawab, itu perkongsian salah seorang pengundi belia, Crystal Janita Christopher pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Ditemui selepas membuang undi di pusat pengundian SK Bintulu pagi tadi, Crystal mengakui agak ‘nervous’ kerana kali pertama mengundi namun pada masa sama teruja kerana dapat melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi di kawasan itu.

“Agak nervous kerana ini adalah first time tapi ada orang yang mengajar semua cara-cara mengundi. Masuk sia semua ada orang tunjuk.

“Nervious tapi “excited” kerana dapat menunaikan tanggungjawab,” ujar penuntut Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari RPR Sebiew.

Sementara itu, seorang lagi pengundi belia, Teresitta Sinon Buxton berharap wakil rakyat yang dipilih nanti memberi fokus dalam membantu nasib golongan pelajar dan mereka yang memerlukan di kawasan DUN Jepak.

Secara keseluruhan, seramai 22,731 orang  mengundi pada PRK kali ini.

Sebanyak 14 pusat pengundian melibatkan 45 saluran dibuka sejak jam 7.30 pagi tadi hingga 5.30 petang ini.

PRK DUN Jepak menyaksikan Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee ditentang calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Menurut SPR, setakat jam 11 pagi, peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Jepak adalah sebanyak 29 peratus. – EDISI UKAS



Media Center