AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
83,852 Murid Sekolah Sarawak Ikuti PSS Bagi Sesi 2023/2024
Date : 17 January 2024 Source : UKAS
RABU, 17 JANUARI 2024
KUCHING: Seramai 83,852 orang murid di Sarawak dipilih untuk mengikuti Program Susu Sekolah (PSS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada sesi persekolahan tahun 2023 hingga 2024.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah dengan pendapatan bulanan keluarga berjumlah RM1,169 dan kurang iaitu RM310 per kapita.
“Saya yakin dan percaya pengalaman yang luas selama 40 tahun pihak Sabah International Dairies Sdn Bhd (SID) boleh digunakan untuk bekerjasama dengan KPM.
“Khususnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam melaksanakan PSS kepada murid sekolah rendah yang layak,” jelasnya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Pelancaran Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Zon Borneo 2023 di sebuah hotel di sini pada Rabu.
Menurut Datuk Patinggi Abang Zohari, sokongan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dan ahli keluarga yang lain termasuk guru-guru, pihak SID, KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri adalah penting bagi menyediakan bantuan susu percuma kepada murid-murid agar keterjaminan kesihatan murid diutamakan
Difahamkan, program tersebut merupakan program bantuan kerajaan yang dilaksanakan melalui KPM dan dilancar pada tahun 1983 hingga tahun 2023.
Dalam majlis sama, Dato Sri Roland Sagah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan serta menyerahkan sumbangan komputer riba dan monitor LCD oleh SID kepada 20 buah sekolah terpilih.
Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad. -EDISI UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 29649137