The Official Portal of the Sarawak Government


TBS Komited Bantu Golongan Asnaf Dalam Program ‘Back To School’

Date : 09 March 2024     Source : UKAS

SABTU, 9 MAC 2024

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) komited dalam membantu golongan asnaf terutamanya kanak-kanak yang bakal memasuki musim persekolahan. 

Pengurus Besar TBS Datu Mejar (K) Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie berkata, bantuan ini tidak hanya dijalankan di Kuching malah seluruh negeri Sarawak termasuk di lokasi yang telah dikenal pasti.

“Musim persekolahan akan bermula pada Mac ini, jadi insya Allah kami akan membantu di seluruh Sarawak. 

“Untuk hari ini seramai 50 orang daripada kalangan golongan asnaf dan kalau di seluruh Sarawak kita akan mengagihkan untuk Program Back to School ini seramai 2,396 pelajar dalam kalangan keluarga asnaf,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selasai Majlis Penyerahan Bantuan Back To School Dan Sidang Media Kadar Zakat Fitrah Sarawak 2024 di Galeri Ummah Distribution Centre (UDC) di sini pada Sabtu. 

Jelasnya lagi, pendidikan merupakan satu perkara penting bagi umat islam khususnya kalau hendak mengubah diri daripada kitaran kemiskinan itu. 

“Langkah yang terbaik adalah untuk sentiasa menjinakkan diri dengan ilmu pengetahuan,” ujarnya.-EDISI UKAS 



Media Center