PRU-15: Pertembungan Tiga Penjuru Di Parlimen Selangau
Date : 05 November 2022Source : UKAS
SABTU, 5 NOVEMBER 2022
SELANGAU: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Selangau menyaksikan saingan tiga penjuru pada kali ini.
Pertembungan tiga penjuru itu melibatkan calon baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) Edwin Banta, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Umpang Sabang dan calon Bebas Hendry Joseph.
Turut hadir memberi sokongan kepada Edwin Banta untuk merampas balik kerusi parlimen Selangau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Datuk John Sikie Tayai dan ADUN Tamin Ir Christopher Gira Sambang.
Untuk rekod, Edwin Banta dilantik sebagai Setiausaha Politik Premier sejak 2016 selain memegang jawatan Timbalan Bendahari Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS).-EDISI UKAS