PRU-15: 92 Calon Disahkan Bertanding Bagi 31 Kerusi Parlimen Di Sarawak
Date : 06 November 2022Source : UKAS
AHAD, 6 NOVEMBER 2022
KUCHING: Proses penamaan calon bagi 31 kerusi Parlimen di Sarawak menyaksikan seramai 92 calon disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding di semua 31 kerusi Parlimen.
Pakatan Harapan (PH) pula mengetengahkan seramai 30 calon melibatkan 30 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Menarik perhatian, dalam PRU-15 kali, seramai 11 calon Bebas akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen.
Sementara itu, Parti Sarawak Bersatu (PSB) menampilkan seramai 10 calon, Perikatan Nasional (PN) (4 calon), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) (3 calon).
Parti Bumi Kenyalang (PBK) Parti Sedar dan Parti Bangsa Malaysia pula masing-masing meletakkan seorang calon. -EDISI UKAS