The Official Portal of the Sarawak Government


Perancangan Memperluaskan Tahfiz Model Ulul Albab Di SMKA Akan Sentiasa Diteliti Dari Semasa Ke Semasa

Date : 28 March 2023     Source : UKAS

SELASA, 28 MAC 2023

KUALA LUMPUR: Perancangan memperluaskan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau sekolah lain akan sentiasa diteliti dari semasa ke semasa sekiranya terdapat peningkatan permohonan yang tinggi dari masyarakat setempat.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sebanyak 15 buah sekolah telah melaksanakan TMUA yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di seluruh negara.

“Ini melibatkan 11 buah sekolah di SMKA dan empat buah sekolah di sekolah berasrama penuh (SBP).

“Khusus di negeri Sarawak, SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching melaksanakan TMUA dengan jumlah murid seramai 744 orang berbanding kapasiti sebenar seramai 900 orang murid.

“Pengisian murid di sekolah ini mengambil kira keseluruhan permintaan daripada murid negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd. Wahab pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin. -EDISI UKAS



Media Center