The Official Portal of the Sarawak Government


Rumah Terbuka Datuk Amar Awang Tengah Serlah Semangat Muhibah, Terima Pengunjung Rentas Negeri

Date : 26 April 2023     Source : UKAS

RABU, 26 APRIL 2023

LAWAS: Ribuan pengunjung telah membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang diadakan di kediamannya di sini pada 2 dan 3 Syawal.

Rumah terbuka itu telah menyerlahkan semangat muhibah sesama masyarakat dengan Datuk Amar Awang Tengah dan isteri Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud menerima pengunjung berbilang kaum, usia dan latar belakang yang terdiri daripada penduduk tempatan serta warga Limbang, negeri Sabah dan juga negara Brunei Darussalam.

Dalam pada itu, para pengunjung telah menyerikan suasana rumah terbuka tersebut bagi kedua-dua hari bermula jam 9 pagi hingga lewat petang di mana mereka disajikan dengan pelbagai juadah dan kuih-muih tempatan.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak serta isteri turut menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa pada 2 Syawal. -EDISI UKAS



Media Center