The Official Portal of the Sarawak Government


TYT Sarawak Dalam Keadaan Sihat: Astana Negeri Sarawak

Date : 22 June 2023     Source : UKAS

KHAMIS, 22 JUN 2023

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan baik. 

Kenyataan media rasmi yang dikeluarkan Astana Negeri Sarawak memaklumkan, Tun Pehin Sri Abdul Taib masih sihat meskipun berlaku penularan pelbagai maklumat berkaitan kesihatan beliau di platform media sosial. 

“Pihak Astana Negeri Sarawak ingin memberi jaminan bahawa semua berita yang tular dan tidak disahkan, yang bukan dari Astana Negeri Sarawak mengenai kesejahteraan Tun Pehin Sri Abdul Taib dalam platform media sosial adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

“Pihak Astana Negeri Sarawak juga berharap menerusi kenyataan media ini, semua laporan dan khabar angin yang ditularkan mengenai Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan dihentikan,” jelas Astana Negeri Sarawak pada Khamis. -EDISI UKAS



Media Center