The Official Portal of the Sarawak Government


Rombakan Kabinet Perkasa Pentadbiran Malaysia

Date : 12 December 2023     Source : UKAS

SELASA, 12 DISEMBER 2023

PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini adalah untuk memperkasakan pentadbiran kerajaan ini. 

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak Dan Tugas-tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, rombakan ini bertujuan untuk memastikan halatuju Malaysia kekal progresif. 

“Hari ini rombakan kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi memperkasakan pentadbiran Kerajaan Perpaduan untuk memastikan halatuju Negara kekal progresif demi manfaat kepada rakyat keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa. 

Dalam kenyataan sama, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan beliau kepadanya untuk untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Digital.

“Sesungguhnya, saya berikrar akan terus menyumbangkan bakti dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin demi manfaat rakyat dan Negara keseluruhannya,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Rajang itu turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-

Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Pesuruhjaya dan Ketua Pengarah serta warga Jabatan Perdana Menteri di atas sokongan dan kerjasama sepanjang beliau menggalas amanah dan tanggungjawab sepanjang setahun sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas). -EDISI UKAS



Media Center