Bendera Negeri Sarawak

 

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan Rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses  membina Sarawak sebagai Negeri Contoh.

 

Warna kuning melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang  berbilang kaum;

 

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan Rakyatnya;

 

Bintang yang berwarna kuning berbucu Sembilan melambangkan Sembilan bahagian dimana rakyatnya tinggal didalam harmonis.  Simbol Bintang juga merupakan cita-cita tinggi Rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas Merdeka.