Lagu Kebesaran Negeri Sarawak
Lagu Negeri Sarawak - Ibu Pertiwi Ku - telah diterima pakai pada tahun 1988. Lagu tersebut digubal oleh Wan Othman Hamid manakala liriknya ditulis oleh Ismail Hassan (1922-1991). Berikut adalah lirik Ibu Pertiwi Ku:
Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku
Rakyat Hidup Mesra Dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai
Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat